top of page
                             Latar Belakang Syarikat
 
Republic Realty sdh bhd telah didaftarkan dan diperbadankan dengan lembaga penilai, pentaksir dan ejen harta tanah pada 4 februari 2015 dibawah nombor pendaftaran E30001. Syarikat ini beroperasi di seksyen 19,40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
 
Republic Realty Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik warganegara sepenuhnya yang menyediakan perkhidmatan pemilikan aset hartanah berdasarkan hukum dan undang-undang yang telus dan mengambil kira kehendak pengguna atau pelanggan. 
Kami menyediakan kemudahan ejen bagi transaksi terhadap sesebuah hartanah . Ejen-ejen dalam Repubic Realty Sdn Bhd merupakan ejen yang dipilih dan berdaftar di bawah lembaga perejenan malaysia.
 
Republic Realty Sdn Bhd juga menawarkan pemilikan ke atas pelbagai jenis ketegori hartanah dengan harga yang mampu milik dan berpatutan seperti harta tanah kediaman, perniagaan, industri, komersial,pejabat,pertanian dan tanah kosong
 
 
VISI 
  1. Memastikan sesebuah syarikat yang progresif dan maju dalam sektor harta tanah yang merangkumi pertumbuhan produk dan perkhidmatan yang terbaik.
  2. syarikat secara tidak langsung melibatkan diri dalam projek dan mendapat sokongan dari kerajaan.
 
MISI
  1. Memastikan pemilikan harta tanah mudah dan telus bagi setiap peringkat
  2. menyediakan kemudahan pemilikan aset mampu milik kepada semua orang awam
  3. Menjadi peneraju industri harta tanah yang berdaya saing di Malaysia
bottom of page